Pengikut

Ahad, 13 Mei 2012

Himpunan Umno ke-66 tahun mungkin "akhir", kata Amir Ketua AMK P.Pinang

Amir Ghazali Ketua AMK Pulau Pinang
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin sudah menyedari bahawa rakyat kian menolak kezaliman serta penyelewengan pemimpin Umno belakangan ini.

Justeru katanya, Najib mengadakan himpunan raksasa kononnya meraikan hari penubuhan Umno ke-66 tahun baru-baru ini bagi mengelak berakhirnya Umno pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Dia (Najib) nampak bangga sekali dengan kedatangan ramai ahli Umno ke sambutan ulang tahun 66 tahun Umno.
Biarkan ia berseronok kerana selepas ini sudah tiada lagi.

"Kalau adapun boleh dibilang kedatanganya," ujar beliau semasa dihubungi PenangInsight.com.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mendakwa penubuhan jawatankuasa bebas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar adalah sandiwara pentadbiran Najib berhubung insiden polis dilihat memmukul rakyat yang menyertai perhimpunan aman Bersih 3.0 berhampiran "kawasan larangan" Dataran Merdeka pada 28 April lepas.

"Panel yang diterajui oleh Tun Hanif Omar bukan penyelesaian tetapi sekadar untuk menyelamatkan maruah Umno, BN dan polis sahaja, " tegas beliau yang juga ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Tuntas dari itu, beliau berkata petadbiran Najib terpaksa menghembur pelbagai kewangan kepada semua rakyat dan agensi demi membeli "kepercayaan" rakyat.

YB Mahfuz Omar
Mahfuz OmarNada yang sama turut diluahkan oleh Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata Umno tidak mampu lagi memberi jaminan keselamatan kepada rakyat pasca Bersih 3.0.

Beliau berkata, Najib sendiri sedar bahawa Umno berada di bawah tekanan dan kian lemah sehingga memaksa Najib mengadakan perhimpunan raksasa itu untuk mencari kekuatan baru sebelum menempuhi musim pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ahli Umno yang mengambil keputusan meninggalkan parti perkauman berkenaan wajar dipuji.

"Apa ditunggu lagi. Lompatlah cepat ke bahtera yang bersiap sedia untuk belayar.

"Jangan karamkan diri bersama kapal yang sudah bocor," tegasnya dalam nada yang lantang. - PenangInsight

Tiada ulasan: