Pengikut

Isnin, 21 November 2011

Berapa Najib bayar Cyber Trooper Umno-BN?

KUALA LUMPUR 21 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempersoal sumber kewangan yang diguna Umno-Barisan Nasional untuk membayar pejuang upahan siber (cyber Trooper) bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, terdapat kebimbangan sumber kewangan itu diperoleh hasil wang pembayar cukai.

“Kita menuntut Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan mengenainya. Datuk Najib jangan bersembunyi di sebalik Cyber Trooper. Beliau perlu menjawab skandal NFC (National Feedlot Corporation) dan bukan mengupah Cyber Trooper untuk mengalihkan isu,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang menyuarakan sokongan terbuka terhadap Cyber Trooper Umno BN untuk berdepan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Najib dalam kenyataannya berkata, beliau mengiktiraf pejuang siber sebagai ‘pengamal media sosial’ dan menganggap mereka sebagai askar baru kepada gabungan parti itu.

Presiden Umno itu turut mengingatkan bahawa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya jika gagal memanipulasi media baru.

Justeru itu AMK menyeru rakyat agar menolak fitnah yang dilemparkan Cyber Trooper yang ditaja Umno-BN dengan mendapatkan maklumat dari media alternatif dan Pakatan Rakyat.

“Maklumat ini boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang Keadilandaily, Harakahdaily dan Roket selain menghadiri penerangan dan ceramah Pakatan Rakyat,” kata Azmizam.

Walaupun tiada angka rasmi menyatakan jumlah sebenar yang dibayar kepada Cyber Trooper itu, namun difahamkan ia mencecah ribuan ringgit bagi seorang blogger upahan.

Antara taktik Cyber Trooper Umno ialah memanipulasi gambar dan Video lucah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, dan pada masa sama ‘kebal’ dari tindakan undang-undang.-KD

Tiada ulasan: