Pengikut

Jumaat, 25 November 2011

AMK cadang wujudkan anggota bersekutu

JOHOR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK ) meminta parti mengkaji kemungkinan untuk membuka keanggotaan bersekutu kepada organisasi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang komited dengan perjuangan KEADILAN.

“Kita berbesar hati jika anak muda menyertai dan memimpin gelombang perubahan lanskap politik negara ini. Kerjasama strategik akan mewujudkan situasi menang-menang manakala anak muda dapat menyuarakan pandangan mereka.

“Pada masa sama, aktivis parti boleh mempelajari pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah negara. Kerjasama ini atas semangat menegakkan keadilan,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kongres KEADILAN ke-8 peringkat AMK di Pulai Spring Resort, Johor.

Selain itu, Shamsul berkata, AMK menawar diri sebagai sekretariat mengendali latihan sebagai syarat menjadi calon pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam usaha memperkukuh jentera pilihan raya.

“Sebagai organisasi anak muda parti, AMK harus diberi peranan utama khususnya dalam menentukan calon muda dan kerusi untuk ditandingi,” katanya.-KD

Tiada ulasan: