Pengikut

Jumaat, 1 April 2011

AMK : Polis Berat Sebelah, Hanya Dedah 'Ketulenan' Video Seks



SHAH ALAM 1 APRIL : Polis bertindak berat sebelah dalam kes video seks fitnah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hanya mengesahkan "ketulenan" klip video berkenaan tanpa menjawab persoalan siapakah individu yang dirakamkan dalam klip video 21 minit itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan ketulenan video itu sebelum mengesahkan individu yang dirakamkan terlebih dahulu, jelas bermotif politik.

“ Kita konsisten dengan pendirian bahawa dalam kes video seks ini bermotif politik. Jadi tindakan awal kita ialah membuat laporan polis. Terhadap ketiga-tiga perlaku itu  yang dikenali sebagai Datuk T ini.
" Mereka menayangkan bahan berbentuk lucah yang dalam definasi kesalahan jenayah dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Laporan polis itu menjurus kepada perlakuan jenayah yang dilakukan mereka. Jadi tidak timbul video ini menimbulkan keraguan atau tidak,"jelas Shamsul.

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang menambah, pihak polis sepatutnya memberi  penekanan terhadap laporan polis yang dibuat Anwar, sehari selepas
tayangan video lucah yang didakwa mirip dirinya diadakan secara terbuka oleh tiga individu yang menggelarkan diri sebagai "Datuk T".

Anwar dengan tegas menafikan individu yang dirakam sedang melakukan hubungan seks itu adalah dirinya.
Ketua Umum PKR itu juga sebelum ini mendakwa, video seks itu sebagai cubaan melenyapkan karier politik beliau sebagai ketua pembangkang.

“Puluhan rekod polis ini seolah-olah dipandang enteng dan tidak penting kepada pihak polis. Ini jelas memperlihatkan adanya 'double standard'  atau unsur pendakwaan terpilih di dalam kes seperti ini,"tambahnya lagi.

Tiada ulasan: