Pengikut

Khamis, 25 Ogos 2011

Mahkamah gugur tuduhan seks terhadap Anwar pada 2004

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan tuduhan seks pertama yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan mahkamah pada 2004.

Beliau merujuk artikel disiarkan Asia Sentinel bertajuk ‘Why Did Malaysia’s Anwar Say Too Much’ yang memberi persepsi salah dan mengelirukan mengenai perbicaraan Anwar.

Rencana tulisan John Berthelsen yang diterbitkan pada 23 Ogos 2011 itu menyentuh mengenai kes Fitnah I dan II terhadap Anwar, namun terdapat kesalahan fakta yang jelas dalam laporan itu.

Pada versi pertama pengarang itu menulis – ‘Beliau telah dihukum atas dakwaan salahlaku seksual selama enam tahun sebelum dibebaskan’.

Namun  ia kemudian dipinda kepada – ‘Beliau telah dihukum selama enam tahun sebelum dakwaan salahlaku seksual diubah’,  pada versi kedua.

“Hakikatnya adalah, sabitan kes liwat Anwar Ibrahim telah digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataannya hari ini.

Sementara itu, Nik Nazmi menegur ketepatan pengarang dalam merujuk individu-individu dalam laporannya dengan penggunaan perkataan ‘dia’ sehingga mengelirukan pembaca.

Misalnya, pengarang tidak menjelaskan siapakah ‘dia’ yang dimaksudkan membawa bahan pelincir ke kondominium tersebut sepertimana yang didakwa.

Menurut Nik Nazmi, pada perenggan ke empat pula, tulisan itu menerangkan bahawa ‘Saiful pergi ke kondo pada waktu malam’ sedangkan fakta menjelaskan bekas pembantu Anwar itu pergi ke kondominium itu kira-kira 2.30 petang.

Tambah beliau, dugaan pengarang bahawa Anwar bersendirian dan menunggu Saiful juga tidak benar kerana Anwar menghadiri satu taklimat dengan sekumpulan ahli ekonomi di kondominium itu.

“Ironinya tiada seorang pun daripada mereka dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk mengesahkan sama ada Anwar bersama mereka untuk taklimat tersebut. Peguambela berulang kali menegaskan bahawa Saiful tidak berada di unit kondominium tertentu.

“Apa yang pihak pendakwa lakukan untuk membuktikan bahawa Saiful berada dalam lif dan berhenti di tingkat yang sama dengan unit kondomonium tersebut?

“Dan tiada seorang pun dari mereka yang bersama Anwar nampak Saiful datang. Pendakwa juga gagal menghasilkan keterangan sebaliknya,” tegas Nik Nazmi.

Tiada ulasan: