Program kebajikan dan masyarakat ini adalah secara rutin di Kadun Seberang Jaya.
Minggu ini Pegawai Penyelaras Kadun tidak dapat turut serta kerana menghadiri program lain, juga di Kadun Seberang Jaya.
Program kali ini melihatkan peningkatan komitmen JKKK tempatan dalam mengatur jadual dan gerak kerja.JKKK yang terlibat ialah JKKK Simpang Ampat, JKKK Kampung Pertama, JKKK Jalan Tenggiri dan JKKK Taman Tun Hussein Onn.
Terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha dan AJK JKKK tempatan yang terlibat dalam menjayakan program kemasyarakatan ini.
Selepas ini gerak kerja akan diselaraskan antara Penyelaras Kadun, Pusat Khidmat, Ahli Majlis MPSP, keADILan Cabang, JDM, AMK/UKP, keADILan Ranting dan JKKK.
Semoga masyarakat mendapat manfaat dari program sebegini dan mendekatkan ahli keADILan dengan masyarakat setempat.
Terima kasih juga diucap kepada Ahli Majlis MPSP untuk kawasan Seberang Jaya, saudara Johari Kassim, Naib Ketua 1 keADILan Cabang Permatang Pauh dan para aktivis sukarela yang lain.
-AMK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan