KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan belia di Malaysia masih lagi dipasung pemikiran apabila pertubuhan belia sendiri dipimpin di kalangan mereka yang lanjut usia.
“Saban waktu kita mendengar pelbagai slogan mengenai belia, belia harapan negara, belia penggerak transformasi, belia itu dan belia ini. Tetapi realitinya adalah sangat mendukacitakan.
“Belia Malaysia hari ini seakan dipasung pemikiran mereka sehinggakan potensi mereka terbatas. Kesannya boleh dilihat dengan mudah kini, bagaimana kepimpinan pertubuhan belia yang masih banyak dipimpin oleh kalangan lanjut usia,” ujarnya dalam perutusan sempena Hari Belia yang disambut pada 15 Mei setiap tahun.
Kata Shamsul, realiti negara hari ini menyaksikan belia yang merupakan kelompok terbesar dalam masyarakat menerima kesan samada dari aspek politik mahupun ekonomi.
“Belia yang sepatutnya bebas daripada kemelut sebegini terus-menerus ditekan dalam diam, dengan hambatan politik yang mengekang idealisme mereka, dan himpitan kos sara hidup yang makin membebankan dari hari ke hari.
“Situasi ini berlaku kerana belia tidak dilihat sebagai aset negara , sebaliknya dilihat sebagai satu bentuk ancaman kepada hegemoni politik yang mahu kekal lebih lama di tampuk pemerintahan,” ujar beliau.
Katanya, ia dibuktikan sejak 12 tahun yang lampau, apabila hampir 600 000 suara anak muda dinafikan hak sebagai pengundi.
Bagaimana pun katanya, keputusan Pilihanraya Umum 2008 lalu menunjukkan undi anak muda memberikan impak kepada pemerintah.
“Sempena sambutan hari belia tahun ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyeru segenap lapisan belia dan generasi muda Malaysia untuk menanam tekad, menerobos sempadan minda untuk mengubah Malaysia ke sebuah landskap politik dan ekonomi yang lebih adil dan dinamik.
“Slogan yang indah tidak menjamin sebuah masa depan yang selamat, sebaliknya hanya nawaitu dan keseriusan bertindak akan kembali meletakkan golongan belia dan generasi muda Malaysia sebagai lapisan kepimpinan masa depan negara untuk Malaysia yang lebih adil, demokratik dan berwibawa,” tegas beliau.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan