
Menurutnya, Najib adalah saksi yang sangat relevan dalam kes ini kerana saksi utama pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku bertemu Perdana Menteri selepas dia dakwa diliwat Anwar.
“Saya cabar Najib jangan menggunakan alasan seperti mana yang digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes pertama untuk mengelakkan diri daripada hadir ke mahkamah.
“Kita nak tengok keberanian Najib untuk hadir ke mahkamah memberi keterangan kerana beliau orang yang pertama bertemu Saiful. Jadi beliau sangat relevan sebagai saksi,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Beliau turut mendakwa Barisan Nasional (BN) akan menggunakan sepenuhnya mahkamah untuk mengheret Anwar ke penjara kerana isu video seks dilihat bukan lagi peluru yang berkesan untuk menjatuhkan Anwar.
“Saya yakin akan ada lagi sokongan rakyat kerana kes ini digunakan sepenuhnya untuk mengekang kemaraan Anwar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan