Pengikut

Rabu, 18 Mei 2011

AMK teruskan protes Utusan, tak gentar Perkasa

Saiz Teks: A A A


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan meneruskan rancangan mereka untuk melakukan protes terhadap Utusan Malaysia Jumaat ini dengan menghantar memorandum bantahan terhadap Ketua Pengarangnya.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pihaknya tidak gerun dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dijadualkan turut berhimpun di tempat sama, kononnya bagi mempertahankan akhbar itu.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini dilaporkan memetik kenyataan Ibrahim Ali, kononnya AMK akan menimbulkan kekacauan apabila wujud isu yang tidak menyebelahi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, AMK merancang untuk mengedarkan akhbar Suara Keadilan kepada kesemua kakitangan Utusan Malaysia sebagai simbolik bantahan.

“Kita tidak katakan yang kita akan membuat kekacauan. Kami matang dalam politik,” jelas Rozan.

“Kerana pada hari yang sama kita ada urusan lain yang lebih penting, iaitu penyerahan memorandum bantahan pembinaan loji sisa radioaktif kepada kedutaan Australia,” jelasnya kepada Keadilandaily.

‘Isunya bukan mengenai kebebasan bersuara oleh Utusan. Tetapi agenda akhbar itu yang meneruskan tohmahan dan fitnah sehingga mencetuskan ketidakselesaan kepada rakyat di negara ini yang harus ditentang.

Ini adalah tindakan penyalahgunaan ‘kebebasan’ media,” ujar Rozan.

Beliau turut menyelar Kementerian Dalam Negeri yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarangnya yang didakwa meneruskan kaedah pemberitaan provokatif dan agenda berita yang pincang.

“Dimanakah nilai dan integriti sebagai pengarang, sebagai akhbar arus perdana negara dan agaimana Nazri Aziz sebagai Menteri Dalam Negeri tidak mengambil sebarang tindakan? soalnya.

Tiada ulasan: