Pengikut

Selasa, 5 April 2011

Video Fitnah : AMK Desak SKMM Jelas Bagaimana Video Tersebar




CYBERJAYA 5 APRIL : Angkatan Muda keadilan (AMK) hari ni membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya berhubung klip video seks yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen mendesak SKMM mengambil tindakan segara keatas mereka yang terlibat menyebarkan video tersebut serta dikeluarkan daripada internet.

"AMK mendesak tindakan diambil segara agar penarikan semula video ini dari semua laman maya serta menyiasat niat mereka yang jelas membuat fitnah mengaibkan ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia juga cubaan merosakkan kreadibiliti dan maruah beliau" katanya.

Video fitnah itu mula disebarkan di internet lewat petang dibeberapa laman blog anti pembangkang. 

Namun, video itu disunting terlebih dahulu dan dengan sengaja memperlihatkan seolah-olah 'si pelaku' aksi seks itu adalah Anwar.
 
Sebelum ini, individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video itu, Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa hanya beliau yang memiliki rakaman asal video tersebut.

Bagaimanapun rakaman asal itu telahpun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan penglibatan anggotanya dalam penyebaran video tersebut dilaman maya.  

Rozan berkata pihaknya menuntut penjelasan tentang bagaimana video seks itu boleh tersebar di internet tanpa sebarang pengawasan dari pihak SKMM dan pihak berkuasa yang terlibat.

"Kami mendesak ketua polis negara segera menjawab persoalan ini bagi mengelak kekeliruan berhubung perjelaskan bagaimana video ini boleh terlepas"

"Kami juga mendesak supaya siasatan segera dibuat terutamanya kepada Datuk T dan mereka perlu jelaskan kepada rakyat adakah mereka terlibat dalam penyebaran video ini kepada bloger berkenaan."tegasnya.

Beliau memberitahu aduan yang dibuat pihaknya diterima Timbalan Pengarah Biro Aduan Pengguna SKMM, Shaharliza Mohd Saman, dibawah Seksyen 233 Akta komunikasi Multimedia Malaysia.

Rozan turut menzahirkan rasa kecewanya apabila media arus perdana mengenepikan etika kewartawanan dan sengaja mensensasikan isu yang masih belum jelas kebenarannya.

"Apa yang kita kesalkan mengenai media cetak seperti Utusan Malaysia dan Kosmo kerana isu ini diperbesar-besarkan dan seolah-olah mereka terlibat sama dengan bloger-bloger ini, kit bukannya menuduh tetapi berdasarkan cara laporan mereka dibeberapa para terang mengaitkan video ini adalah Anwar Ibrahim"katanya lagi.

Turut hadir membuat aduan adalah Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar, Wanita Keadilan Gombak, Nafsiah Ibrahim dan Wanita Keadilan Batu, Sulia Mujni.

Tiada ulasan: