Pengikut

Selasa, 15 Mac 2011

AMK: Bukan Urusan Umno Dan NGO Tentukan Ujian DNA Terhadap DSAI

"Hanya pihak berkuasa iaitu pendakwaraya yang berhak untuk meminta Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Datuk Seri Anwat Ibrahim mengambil ujian DNA, bukan Umno mahupun badan bukan kerajaan (NGO)”. Kata Ketua Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang (AMKPP), Amir Ghazali. 

Beliau berkata dalam keadaan sekarang, mahkamah membuat keputusan menolak untuk mengambil sampel dari Anwar berupa tuala muka, berus gigi dan botol minuman.

“Tugas untuk meminta beliau mengemukakan DNA hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah, bukan melalui demonstrasi ahli Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Umno. Mengapa isu ini dibangkitkan, sedangkan ia sebenarnya tiada apa-apa”. Katanya.

Beliau berkata, tindakan sesetengah pihak lain dalam mengadakan protes mendesak Anwar memberi sampel DNA jelas menunjukkan ketidakmatangan mereka dan sengaja membangkitkan isu itu untuk menjatuhkan pemimpin yang semakin mendapat sokongan rakyat itu.

Tiada ulasan: