Pengikut

Ahad, 19 Februari 2012

Gambar: "Anwar Ibrahim Gempur Pahang"

Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri ceramah Demi Rakyat di dua lokasi di Pahang iaitu di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan dan juga di Pekan, Pahang.

Polis yang turut berada di lokasi ceramah

DEMI RAKYAT....Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke Pekan

Belum sempat turun dari motorsikal Dato' Seri Anwar di sambut oleh penyokong


Dato' Seri Anwar akhirnya terpaksa menaiki motosikal untuk mempercepatkan pergerakan ke lokasi ceramah. Ternyata di Pekan, program beliau dihadiri tidak kurang dari 4,000 orang suatu jumlah yang luar biasa bagi kawasan Najib.

Orang ramai yang ingin ke lokasi ceramah merungut kerana tindakan pihak Polis tersebut menjadikan keadaan sesak di perjalanan menuju ke Pekan.

Ceramah secara bersahaja, mantap dan penuh isi...

Orang ramai membanjiri lokasi ceramah

Penjelasan dari Ketua Pembangkang ini khususnya berkaitan isu-isu semasa yang sering dijadikan propaganda oleh media-media kawalan Umno.

Di antara rakyat Pekan yang begitu lama menantikan kunjungan Dato' Seri Anwar


Melihat kepada berbagai rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Dato' Seri Anwar ke Pekan, orang ramai mula memikirkan mengapa terlalu gusar dan bimbangnya mereka dengan kehadiran Dato' Seri Anwar ke kawasan Najib? Apakah mereka amat takut Ketua Umum PKR ini akan mendedahkan segala kepincangan Najib selaku PM? Isu Israel telah dikupas oleh Dato' Seri Anwar secara panjang lebar agar rakyat tidak lagi diperbodohkan oleh media kawalan mereka. -D'Perbatasan

Tiada ulasan: