Pengikut

Khamis, 26 Januari 2012

Penyelewengan utama melibatkan NFCorp – Saifuddin

KUALA LUMPUR 26 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, siasatan audit yang dijalankan Jabatan Audit Negara hanya tertumpu kepada pusat Fidlot Nasional dan bukan syarikat yang dikuasai penuh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Menurut Saifuddin, penyelewengan utama melibatkan National Feedlot Corporation (NFCorp), National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan RealFood Company.

“Ketua Audit siasat NFCenter, lubuk penyelewengan ialah NFCorp, National Livestock & Meat Corp, RealFood Company yang dikuasai famili sharizat

“Saya refresh fakta kes kerana ada percubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara. Kita percaya integriti jabatan ketua audit,” katanya dalam laman twitternya semalam.

Saifuddin berkata, NFCorp juga memindahkan dana kepada Real Food Company Sdn Bhd yang 100 peratus dimiliki keluarga sharizat.

“Kondo One Menerong (di Bangsar) dibeli atas nama National Livestock & Meat Corp..Ketua Audit tak audit NFCorp tak bermakna penyelewengan tidak berlaku.

“NFCorp kemudian salurkan kepada National Livestock & Meat Corp (100% dimiliki famili sharizat) dana berjumlah RM81,222,448.93,” katanya lagi.

Pusat Fidlot Nasional dimiliki Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diluluskan pada 14 Ogos 2007 dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah menteri berkenaan ketika itu.

Manakala NFCorp dimiliki penuh keluarga Shahrizat yang menerima pinjaman mudah RM250 juta.

Sebelum ini KEADILAN tampil mendedahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan NFCorp.

Antaranya membeli kondominium elit di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, membeli tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.

Selain Muhyiddin, turut terlibat dalam skandal ini, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang melulus projek seumpama itu. -KD

Tiada ulasan: