Wanita PKRPulau Pinang ditahan Polis dalam satu ceramah di Taman Guar Perahu, Penanti kerana didakwa cuba mengajak rakyat menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 di ibunegara yang dirancang pada 9 Julai depan.
Noorliza Abdul Wahab, 43, adalah Pengawai Pusat Khidmat DUN Penanti, memberitahu polis membawa beliau ke balai polis Penanti dan disoal siasat selama lebih 2 jam.
"Kakak (Noorliza) ditangkap kira-kira jam 10.30 malam dan dibebaskan pada 12.30 tengah malam, mereka siasat sahaja," ujarnya di program Wanita Jelajah Kampung (WAJAH), Kampung Permatang Bertam, Kepala Batas.
Ujarnya, polis turut merampas beberapa aksesori dan baju T yang mempunyai logi "Bersih 2.0".
Beliau turut dipaksa percaya bahawa perhimpunan Bersih 2.0 tersebut didalangi oleh pihak tertentu yang mahu membangkitkan faham Komunis melawan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.
Dalam perkembangan yang sama, lebih 14 aktivis PKR turut ditangkap di sebuah restoran di Alor Star kerana didakwa menghasut rakyat menyertai perhimpunan aman. Sebelas daripadanya adalah lelaki.
Mereka, Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah Suraya Hashim; Gooi Hsiao Leung (Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri) dan Saari Fadzil Hud (Ketua PKR Cabang Kulim Bandar Baharu).
Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja-T kuning dengan logo BERSIH.
Di kalangan mereka, ada yang mendesak polis supaya memberitahu atas dakwaan apa mereka ditahan, namun langsung tidak dihiraukan polis.
Dua perkembangan itu menyerlah bahawa polis seolah-olah senada dengan kerajaan dalam menolak lapan usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk memperbaiki sistem pilihan raya umum ke-13, antara lain adalah menuntut penggunaan cap jari kekal serta bersihkan daftar pengundi dari anasir "pengundi hantu". (ZY)
Gambar atas: Nooliza menunjukan notis Polis mengenai tangkapan awam yang dihadapinya, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan