Pengikut

Ahad, 13 Mac 2011

Bengkel Hak Asasi Manusia Oleh SUHAKAM di Seberang Jaya

Ini adalah kali pertama seumpamanya pihak SUHAKAM mengadakan bengkel untuk JKKK. Sebahagian besar penyertaan adalah dari kalangan JKKK dan sebahagian lagi dari agensi kerajaan termasuk pihak PDRM.








Pihak SUHAKAM telah diwakili oleh Pesuruhjayanya iaitu Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi.Sementara upacara perasmian dilakukan oleh TKM 1, Dato' Mansor bin Othman.




Matlamat program ini adalah untuk memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan hak asasi manusia mengikut piawaiaan United Nation di kalangan pemimpin akar umbi dan petugas yang berurusan dengan masyarakat. Kesedaran tinggi terhadap isu berkaitan amat relevan dengan perkembangan di peringkat global, di mana manusia semakin kritikal dengan hak mereka.



Program ini adalah jalinan kerjasama antara Pegawai Penyelaras Kadun, saudara Abdul Jalil Che Ros, Senator Dato' Mustaffa Kamal dan Pejabat Daerah SPT.




Semoga peserta akan mengimplimentasikan segala ilmu dan pengetahuan berguna tersebut dalam tugas seharian demi mengangkat martabat kemanusian itu sendiri yang sering diperlekehkan oleh sang penguasa zalim.

Kita adalah agen kepada hak asasi manusia global yang perlukan pembelaan dan pemahaman, seraya menjamin kesejahteraan kehidupan yang harmonis berlandaskan perasaan menghormati hak sesama manusia.

Tiada ulasan: