KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengandaikan pihak yang cuba mengaitkan himpunan Bersih dengan aktiviti keganasan, ada kaitan dengan rampasan ratusan baju T Bersih, sepanjang minggu lalu.
Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, tindakan itu jelas merupakan provokasi dalam percubaan untuk memberikan imej buruk kepada himpunan Bersih yang dijadualkan, 9 Julai ini.
“Kita tidak menolak kemungkinan penemuan baju T Bersih bersama bahan letupan dan senjata adalah baju T yang sama dirampas sepanjang minggu lalu.
“Langsung tak masuk akal kalau penyokong Bersih yang lakukan. Himpunan yang dianjurkan tidak ada kena mengena langsung dengan aktiviti keganasan.
“Kita mengutuk sebarang aktiviti keganasan. Himpunan bertujuan menyerahkan memorandum 8 tuntutan Bersih kepada Yang DiPertuan Agong bagi penambahbaikan sistem pilihan raya,” katanya kepada Keadilandaily.
Azmizam mengulas laporan media hari ini mengenai penemuan empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut.
Turut ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan baju T tertera perkataan Bersih yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo.
Laporan media itu turut menyebut rakaman CCTV mengenalpasti kenderaan yang dipakai dan nombor plat kereta pelakunya.
“Kami menuntut polis membuat siasatan dan mendedahkan identiti penjenayah. Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab,” tegas Azmizam.
Manakala pada satu serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14 Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, media melaporkan polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi.
Polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Justeru, Azmizam menyeru rakyat Malaysia untuk membuat penilaian secara waras berdasarkan laporan yang dibuat media arus perdana.
“Saya yakin rakyat Malaysia berfikiran matang dan mampu membuat pertimbangan wajar. Penerangan kami jelas iaitu mahukan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.
“Sepanjang kempen dan ceramah penerangan Bersih, tiada wujud langsung saranan untuk membuat kekacauan. Bahkan kita menasihatkan orang ramai untuk patuh kepada undang-undang.
“Anehnya, tindakan pihak lain seperti Patriot yang melakukan provokasi ke premis KEADILAN dan mengugut pemimpin Bersih dan Pakatan Rakyat tidak dipertikaikan,” jelas Azmizam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan