Pengikut

Khamis, 7 Julai 2011

AMK lancar Ops IC kesan pengundi hantu

PETALING JAYA: Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) melancarkan Ops IC bagi mengesan pengundi hantu dan pemberian kerakyatan haram oleh UMNO-BN di seluruh negara.


Pengumuman itu dibuat pada sidang media pagi ini oleh Exco AMK, Azwan Ramli yang bertindak selaku Pengarah Operasi Ops IC itu.

Ops itu akan dijalankan menggunakan laman Facebook ‘Road to Putrajaya’ dan akan berlangsung selama tiga bulan.

Menurut Azwan lagi, maklumat berhubung pengundi yang diragui akan dikumpulkan dan akan dibawa ke majlis pimpinan pusat PKR.

Maklumat yang dikumpulkan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran.

“Kemudian kita akan siasat dan bawa di Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendaftaran,” ujar Azwan.

Setakat ini, operasi berkenaan berjaya mengesan antara lainnya dua kumpulan pengundi, masing-masing seramai 66 dan 88 orang di dua buah rumah di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Operasi berkenaan juga mengesan sejumlah pengundi dikhuatiri mempunyai dokumen pengenalan berbeza, kata Azwan lagi.

Turut dibongkarkan adalah kewujudan pengundi yang diragui statusnya apabila lahir pada tahun 1880.
Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan pengundi hantu boleh menghubungi Azwan di talian 0196201976.

Tiada ulasan: