Pengikut
Khamis, 6 Januari 2011
Saya berasa amat kesal apabila insiden “Menteri Rogol Amah” ini seolah dipandang sambil lewa oleh kerajaan Malaysia sedangkan sudah jelas apa yang berlaku mencemarkan imej dan kredibiti Malaysia di peringkat antarabangsa. Tindakan PM sendiri yang mengambil jalan mudah dengan berdiam diri seolah ‘merestui’ jenayah pihak terbabit.
Sebagai sebuah negara Malaysia yang telah bersama menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), sikap sambil lewa ini amat bertentangan dengan CEDAW itu sendiri iaitu bertujuan menghapuskan semua bentuk diskriminasi, bukan sahaja terhadap wanita Malaysia semata-mata, tetapi juga merangkumi perlindungan daripada diskriminasi terhadap wanita imigran dan pekerja asing.
Sebagai respon kepada penafian Menteri Datuk Seri Rais Yatim terhadap isu ini, sya mempersoalkan tindakan Rais Yatim yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan. Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf.
Pihak kerajaan juga seharusnya mengantung tugas Rais Yatim buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai.
Semakin lama kerajaan Umno-BN memerintah semakin bertimbun kes-kes penindasan, diskriminasi dan memalukan terhadap wanita berlaku. Bermula dari kes Rahim Tamby Chik, isu Penan, pemerdagangan manusia, penyeksaan pembantu rumah Bonita dan kini sudah sampai ke kemuncaknya apabila seoarang Menteri sendiri dikaitkan dengan jenayah serius ini. Kerajaan Malaysia nampakkan tidak menunjukkan ketegasan dan tiada ‘political-will’ dalam menjanjikan keadilan hak kemanusiaan buat semua.
Maka, atas dasar kebimbangan dan kebertanggungjawaban terhadap keadilan buat semua wanita di negara ini saya menggesa agar Kemmenterian Pembangunan Wanita, Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius dan segera mendapatkan japawn kepada jenayah ini bagi membersihkan imej kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa sekaligus membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan.
ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan