KUALA LUMPUR 18 JAN : Parti Keadilan Rakyat(PKR) menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat.
Surat jemputan ini disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Jelasnya, debat itu perlu dibuat berikutan Najib sebelum ini membuat kenyataan tanpa bersandar fakta, kononnya negara bankrap jika Pakatan Rakyat melaksanakan janji yang termaktub dalam Buku Jingga.
“Ini bukan persoalan pertemuan antara dua tokoh atau antara individu tertentu tetapi ia berkaitan kandungan Buku Jingga yang mengandungi pelbagai dasar kebajikan untuk rakyat.
“Isu harga barang naik, bukan isu politik. Ini isu rakyat yang terus terbeban setiap kali harga barang meningkat. Buku Jingga ada cara untuk menurunkan harga barang,” katanya.
Ketua Eksekutif, di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata, Pakatan Rakyat akan melaksanakan 10 perkara penting dalam masa 100 hari sebagaimana yang termaktub dalam Buku Jingga.
“Najib dakwa kononnya Malaysia bankrap jika melaksanakan dasar dalam Buku Jingga. Kalau betul bagai didakwa, beranikanlah diri untuk berdebat.
“Anwar sudah bersedia, Najib bagaimana,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan