Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Parti Keadilan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parti Keadilan Rakyat. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2012

Rakaman Penuh Debat PTPTN: Khairy dan Rafizi

AMK Permatang Pauh merasa sangat kagum dengan kehebatan Rafizi yang dapat mematahkan hujah-hujah Khairy dngan begitu mudah malah lebih mengejutkan lagi, Khairy pula cuba mengelak dari menjawab pertanyaan Rafizi terutama berkenaan peratus pembahagian wang petronas sebanyak 237 bilion sewaktu pemerintahan Pak Lah tempohari.

Khairy juga gagal menjelaskan status Shahrizat Jalil serta Tajuddin Ramli di mana Rafizi meminta Khairy menjelaskan bahawa kenapa pelajar yang berhutang, nama mereka di 'black list' tetapi Shahrizat serta Tajuddin Ramli dilepaskan begitu saja.

Syabas dan Tahniah Rafizi...!!! Anda memang hebat. (Tepat sekali kata-kata Mahathir, orang-orang cerdik semua masuk pembangkang).

Selasa, 22 Mei 2012

Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim Merdeka Rakyat Di Kuching

Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim Merdeka Rakyat Di Kuching

 

Anwar: Ramai lagi di Pejabat AG akan sertai saya

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Anwar berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

"Tentu beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah, ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi kekuatan kepada kes.

"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Isnin, 21 Mei 2012

Kenyataan merapu, Rahim Noor lagi baik diam!


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyarankan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor berdiam diri daripada terus mengeluarkan kenyataan merapu.
Beliau berkata, Rahim tidak berpijak di dunia nyata dengan mengatakan Pakatan Rakyat menggunakan ‘pertumpahan darah’ semasa Bersih 3.0 untuk menawan Putrajaya.
“Kenyataan Rahim paling mengarut dan tak masuk akal. Dalam pilihan raya sebelum ini menyaksikan kita banyak mengalami kekalahan demi kekalahan.

Ahad, 20 Mei 2012

Gambar Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak 19 Mei 2012

Tiba Di Lapangan Terbang Bintulu

Kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno/BN

PULAU PINANG : Pemilikan saham RM30.8 juta yang diberi kepada anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin bukti kronisme tidak dapat dipisahkan dari Umno-Barisan Nasional, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Jika anak menteri yang berusia 26 tahun berjaya memiliki saham yang berjumlah melebihi RM30 juta, sudah pasti pelbagai persoalan bermain di pemikiran rakyat tentang kelayakan pemilikan saham tersebut.

Sabtu, 19 Mei 2012

Najib pengecut jika enggan ke Mahkamah Perancis - Anwar

PARIT BUNTAR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berani menjadi saksi perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis bagi membuktikan dirinya bukan seorang pengecut, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, Najib juga perlu hadir kerana terdapat sapina terhadapnya sebagai saksi yang turut dibabitkan bersama Abdul Razak Baginda dan beberapa nama lain.

Jumaat, 18 Mei 2012

Gambar: Hi-Tea Bersama Presiden KEADILAN Di Taman Sri Pauh

Dato Seri Dr Wan Azizah, sedang berucap..
Program hi-tea dan sumbangan bersama YBhg Presiden KEADILAN Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Di Dewan Taman Sri Pauh pada 17 Mei 2012 jam 5.30 petang. Turut hadir para pimpinan KEADILAN negeri. (Lihat gambar-gambar dibawah).

Jumaat, 11 Mei 2012

Hanif perlu tarik diri dari panel siasat Bersih 3.0 - Anwar

SUBANG JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar perlu menarik diri sebagai pengerusi panel bebas menyiasat insiden keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0.

Berucap di program ‘Pidato Merdeka Rakyat’ di Kompleks 3K di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hanif tidak akan berlaku adil sebagai pengerusi panel.

“Kerajaan jangan hina rakyat. Panel ini tidak akan bebas (kerana) Hanif sebelum ini tuduh peserta Bersih sebagai komunis,” katanya depan kira-kira 5,000 hadirin.

Selasa, 8 Mei 2012

Ceramah Isu Semasa Pada 12 Mei 2012

Ceramah Isu Semasa

Pada: 12 Mei 2012 (Sabtu)
Bertempat: Taman Permainan Jalan Tenggi (Belakang Shell)
Masa/Jam: 9.00 Malam

Ceramah Isu-isu semasa Pada 11 Mei 2012

Ceramah Isu Semasa

Pada: 11 Mei 2012 (Jumaat)
Bertempat: Padang Dewan Orang Ramai Sembilang (Tepi Sungai)
Masa/Jam: 8.00 Malam

Isnin, 7 Mei 2012

Mereka Mahu Tumbangkan Tiang Seri Anwar

PENDAPAT: Tidak dapat siapa menafikan 'calo-calo' Umno pandai dan kreatif dalam mencipta isu dan menyerang oknum-oknum politik tertentu. Bagi parti politik yang mengguna pakai teori matlamat menghalalkan cara (Machiavelli) mereka sanggup memperalatkan dan menerima nasihat dari sesiapa saja dan berbuat kejahatan lebih dari syatan laknatullah lakukan.

Dalam hal ini syaitan lebih profesional kerana kejahatannya bersyarat dan dia berikrar untuk melakukannya sehingga hari kiamat. Berlain dengan para calo-calo Umno demi sesuap nasi mereka boleh mengkhiantai janji dan kencing kawan sendiri dan berkerja ke arah kejahatan sepanjang masa, hatta ketika dalam tidur.

Sang calo dan Umno ini penuh dengan hasad dengki dan kebajinganan. Diri mereka bukan di kelilingi malaikat tetapi dipenuhi dengan syaitan dan iblis yang sudah beranak cucu di dalam hatinya.

KEADILAN tekad menang besar, Pakatan Rakyat ke Putrajaya

KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEADILAN akan terus berusaha untuk mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Beliau berkata, walaupun diserang pelbagai tuduhan, itu tidak melemahkan parti meneruskan upaya untuk Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 dan memerintah negara.

“Saya amat sedih apabila kita disalahkan ketika kita sama-sama bangkit dalam perhimpunan Bersih 3.0 untuk memperjuangkan hak kita mendapatkan keadilan, sedangkan kekecohan dilakukan pihak lain yang sengaja membangkitkan kemarahan,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Ahad, 6 Mei 2012

AMK tuntut penjelasan majlis fatwa "Demo Haram"

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung keputusan jawatankuasa itu hari ini bahawa umat Islam haram menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang melanggar undang-undang.

Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu menjelaskan kerana keputusan tersebut mungkin dibuat dengan hanya berdasarkan laporan media arus perdana.

Sedangkan, perhimpunan BERSIH 3.0 – bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil – mempunyai tujuan yang baik, katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Bersih 3.0: AMK desak Najib mohon maaf

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak perdana menteri memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas keganasan yang dilakukan polis pada himpunan Bersih, 28 April lalu.

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn perlu bertanggungjawab atas keganasan polis terhadap peserta himpunan itu.

“Tindakan polis seolah-olah samseng yang berlesen. Ramai wartawan media juga dipukul dan ditembak semasa menjalankan tugas mereka.

Sabtu, 5 Mei 2012

Malam Gala Keadilan 2012 Meriah

Malam Gala Parti Keadilan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandar Utama Petaling Jaya malam tadi sungguh meriah dan sekaligus mencerminkan parti berkenaan semakin mendapat sokongan dan dokongan padu orang ramai. Sebanyak 152 buah meja disediakan yang dianggarkan lebih 1,500 yang hadir.

Sesuatu merujakan majlis semalam mendapat sokongan menggalakkan dari masyarakat kaum Cina. Hampir separuh dari meja yang disediakan dipenuhi oleh orang-orang Cina.

Tetamu majlis itu Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim, turut hadir Presiden Dr Wan Azizan Ismail, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah, bekas timbalan presiden Syed Husin Ali serta para pimpinan PKR.

Jumaat, 4 Mei 2012

Pengumuman penting Anwar dalam 'Merdeka Rakyat'

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting dalam siri jelajah 'Merdeka Rakyat: Pasca Bersih 3.0' akan bermula 7 Mei ini.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, pengumuman itu antara lain berkaitan dengan kedudukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang sebelum ini mengaku sebagai ahli Umno.

Pengumuman itu dijangkan dibuat pada malam pelanjaran program jelajah itu di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak 7 Mei ini.

Khamis, 3 Mei 2012

Politik lucah untuk jatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat – Srikandi

KUALA LUMPUR: Penyiaran gambar lucah dan berita yang diragui kesahihannya oleh media arus perdana hanya untuk memberi persepsi buruk kepada pemimpin Pakatan Rakyat, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.

“Media arus perdana kongkongan Umno BN nampaknya lebih gemar memainkan isu tidak bermoral, daripada isu penting rakyat dan negara,” katanya kesal dengan laporan muka depan beberapa media Umno semalam.

Aishah berkata, amat malang kepada pengamal media dan rakyat, jika inilah standard media yang dibina kerajaan, iaitu menggunakan politik lucah untuk meraih sokongan.

Gambar lucah: Najib beri lampu hijau – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Media kawalan Umno yang begitu bernafsu menyiar fitnah terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, budaya fitnah yang diamal Umno BN jauh daripada pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan Najib selama ini.

“KEADILAN mendesak Najib bertanggungjawab dan tidak lagi bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’.

AMKPP Kecam Fitnah Terhadap Timbalan Presiden KEADILAN

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam fitnah jahat yang dilemparkan oleh Umno dan blogger Pro-Umno Papagomo terhadap YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Fitnah seks dan lucah yang diulang - ulang memperlihatkan ketandusan Umno dalam menghadapi tekanan rakyat yang semakin jelek dengan salahguna kuasa dan penyelewengan yang Umno telah lakukan.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga mengutuk sekeras – kerasnya tindakan media utama, TV3 dan juga Utusan Malaysia, yang tanpa segan memaparkan gambar - gambar lucah yang berunsur fitnah kepada masyarakat. Kebiadapan ini bukan saja melanggar tatasusila Islam dan Melayu, tetapi telah merendahkan tahap kewartawanan negara ini.