Pengikut

Jumaat, 17 Februari 2012

"GASAK 292: Debat Perdana Mansuh Tol Diteruskan!"

KENYATAAN RASMI PEMUDA PAKATAN PULAU PINANG

"GASAK 292: Debat Perdana Mansuh Tol Diteruskan!"
17 FEBRUARI 2012

PEMUDA PAKATAN PENANG hari ini menegaskan bahawa program Debat Perdana di antara YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Tan Sri Dato’ Seri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan tetap diteruskan, pada ketetapan berikut;

TAJUK : “Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya?”
TARIKH : 29 Februari 2012 (Rabu)
MASA : 10.00 Malam
TEMPAT : Dewan Besar Sungai Dua, SPU
FORMAT : 3 Pusingan (10 minit setiap pusingan)
& 10 minit penggulungan

Pihak kami juga sudah menempah dewan, menyediakan 2 rostrum (untuk pemidato) dan sebuah meja moderator (pimpinan NGO/konsultan non-partisan) untuk memastikan kelancaran debat berkenaan. Sistem pembesar suara terbaik dan skrin layar putih gergasi juga akan disediakan untuk memastikan tahap audio-visual berada pada tahap yang memuaskan hati semua hadirin pada hari tersebut.

Keputusan untuk meneruskan juga program ini dibuat oleh PEMUDA PAKATAN PENANG kerana sebab-sebab berikut;

1. Mahu mendedahkan kebenaran yang disembunyikan oleh Kerajaan Pusat selama ini terhadap keuntungan berbilion Ringgit yang dikaut oleh Regim UMNO-Barisan Nasional daripada konsesi-konsesi tol lebuhraya seluruh negara.

2. Memberi ruang seadil-adilnya untuk kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) meyakinkan rakyat akan adakah benar Malaysia akan bankrap jika tol-tol lebuhraya dimansuhkan.

3. Memperkenalkan budaya politik baru dan sihat kepada rakyat, dan bukannya politik adu domba, politik fitnah, politik lucah dan politik longkang yang dijuarai oleh Regim UMNO-Barisan Nasional. Budaya baru adalah berhujah dengan fakta lawan fakta dan inilah yang amat didambakan oleh rakyat.

Setakat hari ini, pihak PEMUDA PAKATAN PENANG telah menerima surat maklumbalas daripada pejabat Ketua Menteri yang telah mengesahkan kehadiran YAB Tuan Lim Guan Eng untuk menyahut seruan debat ini. Bagi pihak YB TS Nor Mohamed Yakcop pula, tiada maklum balas yang diterima selepas tamat tempoh maklumbalas pada 7 Februari lalu. Kami beranggapan mudah, beliau berkemungkinan besar akan hadir memandangkan debat ini diadakan di kubunya sendiri, juga merujuk kepada kelantangan beliau semasa mengatakan ekonomi negara akan runtuh jika tol dimansuhkan serta mengikut budaya orang Melayu, yang bila senyap itu tandanya BERSETUJU.

Demi memberi masa yang secukupnya untuk YB TS Nor Mohamed Yakcop hadir dan memberi peluang hadirin memenuhi Dewan Besar Sungai Dua, pihak kami pada hari dan tempat yang sama akan mengadakan Pidato Pemuda Pakatan Penang & Pelancaran Jentera PRU-13 pada jam 8.30 Malam, yang menampilkan pimpinan-pimpinan PEMUDA PAKATAN PENANG; YB RSN Rayer (Naib Ketua DAPSY Pulau Pinang), Ustaz Afnan Hamimi (Setiausaha DPP Pulau Pinang), Sdr. Syed Mikael Rizal Aidid (Setiausaha AMK Pulau Pinang), YB Ng Wei Aik (Setiausaha DAPSY Pulau Pinang), Ustaz Yusni Mat Piah (Ketua DPP Pulau Pinang) dan Sdr. Amir Ghazali (Ketua AMK Pulau Pinang).

Hadirlah beramai-ramai ke GASAK 292!

SYED MIKAEL RIZAL AIDID,
Penyelaras Program GASAK 292

Tiada ulasan: