Pengikut

Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tahun Baru 2012 - AMK

AMK Permatang Pauh mengucapkan Selamat Menyambut Tahun baru 2012 kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Marilah kita semua berazam untuk mengukuhkan perpaduan bersama... Demi Rakyat, AMK permatang Pauh akan terus membela dan memperjuang nasib rakyat Malaysia.

Teruskan Berjuang...

Kita baru sahaja memulakan langkah pertama dalam perlumbaan kehidupan.
Kita baru sahaja menulis huruf pertama dalam puisi terindah kisah kita.
Kita baru sahaja mencoret goresan awal lukisan termasyhur milik kita.
Kita baru sahaja membunyikan nada pertama simfoni tersyahdu.

Tiada manusia yang dilahirkan sebagai panglima,
Tiada pemimpin yang tidak pernah gagal,
Tiada kejayaan tanpa keringat dan air mata,
Tiada kemanisan tanpa kesakitan.

Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan.

Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan,
penghiburan sebagai ganti air mata, dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!

Insya’Allah perjuangan ini pasti menemui kejayaan…

Tiada ulasan: