
disumbat semula ke dalam penjara dengan fitnah Umno BN.
“Ingatan keras untuk Umno, apa-apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, kami akan bangkit meruntuhkan kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar.
“Pakatan Rakyat sepakat Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” kata Timbalan Presiden, Azmin Ali disambut tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin.

Tambah Azmin, keyakinan itu adalah kerana KEADILAN dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mentadbir Putrajaya.
“KEADILAN dan Pakatan Rakyat sudah bersedia. Kita sudah ada dasar bersama, kita sudah ada Buku Jingga, kita
sudah ada Belanjawan Pakatan Rakyat.
“Kita sudah bersedia ke Putrajaya,” katanya.

KEADILAN terus meningkat dan rakyat menang melawan Umno.
“Semua jentera dan kekuatan harus digerakkan sekarang sebagai penerus kepada momentum sedia ada.
“Pilihan raya ini bukanlah semata-mata kemenangan KEADILAN. Ia adalah pilihan raya untuk rakyat.
“Kemenangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bermakna kemenangan rakyat menentang kezaliman dan kebobrokan
Umno,” kata Azmin.-KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan