Pengikut

Isnin, 28 November 2011

Hak orang Melayu tetap dipertahankan - Jui Meng

JOHOR BAHRU 27 Nov: Hak orang Melayu akan tetap dipertahankan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng.

“Saya sebagai pemimpin Cina dari KEADILAN akan terus mempertahankan perkara ini,” kata Chua yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam ucapan penggulungan di Kongres KEADILAN Nasional ke 8.

Beliau dalam ucapannya berkata, orang Melayu terutama di Johor tidak perlu risau kerana Laporan Ketua Audit Negara 2010 membuktikan penyelewengan tadbir urus sebenarnya dilakukan Umno-Barisan Nasional.

Salah urustadbir kerajaan Johor terbukti melalui pelbagai contoh – antaranya kadar air di negeri itu yang mencatatkan harga paling tinggi di Malaysia dengan aset air dijual kepada syarikat pentadbiran kerajaan Pusat.

Dalam pada itu beliau optimis Pakatan Rakyat akan menang di Johor Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) berdasarkan sokongan yang meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, beliau mengulangi pandangan bahawa Johor yang menjadi tuan rumah kepada acara Kongres KEADILAN kali ini, bakal tumbang kepada Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

“Orang bertanya kepada saya – Kalau begitu, kenapa tak buat sahaja di Putrajaya?

“Saya jawab, Johor adalah gerbang menuju ke Putrajaya,” kata Chua disambut tepukan gemuruh perwakilan. -KD

Tiada ulasan: