Pengikut

Khamis, 15 September 2011

Program Mari Mengingati Mati

Program mari mengingati mati anjuran JKKK Simpang Empat Permatang Rawa bersama Penyelaras Kadun yang disertai 2 orang wakil dari Angkatan Muda Keadilan Cabang Permatang Pauh (AMK).



Program bertujuan mengajar cara-cara pembuatan keranda kepada golongan muda

Penyelaras Kadun Saudara Abdul Jalil cuba memasang bahagian keranda

Keranda yang telah siap di buat oleh peserta program ini.

FAEDAH MENGINGATI MATI


Daripada Abu Hurairah ra, Nabi bersabda:
‘Perbanyakkan mengingati perkara yang memutuskan kelazatan iaitu mati’

Banyak ingat mati tidak bermakna anda berhenti kerja, mengambil tempat di sudut masjid, membilang biji-biji tasbih sambil menunggu Malaikat Maut datang menjemput. Banyak ingat mati sebaliknya menjadikan anda memahami hakikat hidup dan menjadi manusia hebat di sisiAllah.

Di antara faedah banyak ingat mati ialah:

1. Kurangkan rasa tamak haloba mengumpulkan dunia yang tidak bermanfaat untuk Akhirat. Jika kelihatan zahirnya dunia, tetapi ia membawa manfaat untuk Akhirat ia digalakkan.
2. Beri peluang sempurnakan tuntutan Tuhan yang belum selesai dan sempurna.
3. Cari bekalan sebanyak mungkin mengadap Allah.

p/s: Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya maut tidak pernah melupakan kita walau sesaat. Maut tidak pernah jauh dari kita bahkan semakin dekat, dan mendekat dari hari ke hari. ...



Tiada ulasan: