Pengikut

Isnin, 4 Julai 2011

AMKPP menjunjung Titah

KENYATAAN MEDIA RASMI

AMKPP Menjunjung Titah
Seri Paduka Baginda YDP Agong 

4 Julai 2011

Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini menyatakan taat setia dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Al-Mukhtafi Billah Shah semalan. Sungguh ia merupakan satu titah dari baginda yang benar-benar seluruh hamba rakyat nantikan. Kami ,selaku anak muda tidak akan berbelah bahagi dalam menyatakan sokongan terhadap gesaan, saranan dan nasihat Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam titah berkenaan.

Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP) juga ingin mempersembahkan ucapan penghargaan atas keprihatinan dan pemedulian Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam memastikan keamanan Negara kekal terpelihara, suara rakyat didengar dan nasihat baginda agar pihak berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0, berunding demi merungkai segala permasalahan yang ada.

Dengan mengambil semangat dari titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menyeru agar perkara berikut dapat dilaksanakan oleh setiap individu demi memastikan keamanan dan hak rakyat bersuara terus terpelihara. Maka, Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menyeru agar perkara-perkara ini perlu dilaksanakan segera:

1. Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memahami titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kea rah Malaysia yang aman.

2. Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menggesa “perang mulut” dan perdebatan mengenai titah ini di media massa dan media elektronik seperti blog, facebook dan twitter dihentikan serta-merta.

3. Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menyokong penuh usul Pakatan Rakyat (PR) agar panitia penganjur bersih mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menjelaskan kepada baginda akan matlamat murni perhimpunan aman rakyat Malaysia pada 9 Julai ini.

4. Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang menyeru semua pihak, taat dan patuh pada saranan baginda agar pihak-pihak yang menutup pintu rundingan sebelum ini, terutamanya pihak PDRM dan SPR kembali membuka pintu untuk perbincangan dalam menangani konflik yang berlaku.
Justeru, dengan ini Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang yakin dan percaya bahawasanya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dengan tulus mahu mendengar rintihan dan membantu menyelesaikan penderitaan yang rakyat baginda alami selama ini, Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang dengan ini memohon untuk menjunjung kasih dan menyatakan Daulat Tuanku!

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Naib Ketua1
Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang
(AMKPP)

Tiada ulasan: