Pengikut

Selasa, 26 Julai 2011

118 laporan terhadap Bersih mungkin didalangi Umno – AMK

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri percaya 118 laporan polis yang dibuat orang awam terhadap Bersih pada 9 Julai lalu,  mungkin didalangi Umno.

Ia berikutan laporan Utusan Malaysia bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 118 laporan polis yang mempertikaikan tingkah laku peserta perhimpunan itu pada 9 Julai lalu.


“Bagi saya yang buat laporan itu hanyalah segelintir dan itu pun kita tak tau samada ianya benar atau sudah dirancang oleh Umno,” katanya.


Menurut Azmizam, polis juga perlu bertindak adil dengan menyiasat Patriot yang turut sama berhimpun pada hari itu, kerana ia tidak dilakukan tanpa tanpa permit.


“Patriot juga mengadakan perhimpunan tanpa permit tapi tidak dikenakan apa-apa tindakan malah tidak dihalang sekerasnya sebelum ini,”

“Kalau laporan ‘orang awam’ itu menyifatkan peserta Bersih seperti ‘monyet’, patriot yang diketua Ketua Pemuda UMNO juga ‘monyet,” katanya lagi.


Tambah Azmizam, ia juga hanya sandiwara untuk mengalih perhatian dari isu yang lebih penting untuk dijawab oleh pihak polis seperti keganasan yang  dilakukan terhadap peserta himpunan.


“Banyak lagi isu yang penting untuk diberitahu rakyat sebenarnya. Bagi saya isu laporan orang awam ini hanyalah untuk mengalihkan perhatian untuk menutup kegagalan pentadbiran Najib”
“Dia (Najib) dah tiada isu, jadi isu Bersih ini akan terus disensasikan dan tidak melaporkan langsung isu berkenaan kenaikan harga barang dan yang berkaitan dengan ekonomi,” katanya.

Tiada ulasan: