Pengikut

Sabtu, 25 Jun 2011

Timbalan Ketua AMK Dibebaskan Selepas Polis Ambil Keterangan

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini semalam dibebaskan awal pagi Sabtu selepas diambil keterangannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi Bernama di sini hari ini menafikan bahawa pemimpin AMK itu ditahan polis selepas didakwa cuba mempromosikan perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai.

"Kita tidak tahan beliau tetapi hanya ambil keterangannya. Khairul Anuar dibawa ke IPD Shah Alam kira-kira pukul 10.30 malam semalam dan selepas selesai (ambil keterangan) kita lepaskan dia," katanya.

Khairul Anuar yang diiringi peguamnya Latheefa Koya dilihat keluar dari IPD Shah Alam kira-kira pukul 1 pagi Sabtu.

Sepanjang tempoh diambil keterangan, kira-kira 20 orang dipercayai penyokong pemimpin AMK itu dilihat berkumpul bagi memberi sokongan kepada beliau di luar pintu pagar IPD yang ditutup dan dikawal beberapa anggota polis. -BERNAMA

Tiada ulasan: