Pengikut

Khamis, 9 Jun 2011

Bersih 2.0: AMK Pulau Pinang Hantar Seribu Ahli

KENYATAAN MEDIA RASMI
BERSIH 2.0: AMKPP Hantar 1000 ahli
9 Jun 2011

Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk mengadakan perhimpunan aman pada 9 julai ini. Ini adalah merupakan manifestasi iklas dari rakyat marhaen untuk menyampaikan suara dan hasrat kepada Kerajaan dan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP) juga sebulat suara menyokong penuh 8 tuntutan yang digariskan oleh BERSIH untuk disuarakan semasa perhimpunan aman tersebut, iaitu: Pembersihan senarai undi, Mereformasikan undi pos, Penggunaan dakwat kekal, Akses media bebas dan adil, Masa berkempen minima 21 hari, Pengukuhan institusi awam, Hentikan rasuah dan hentikan olitik kotor.

Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP) percaya memang mustahil untuk pihak Polis memberi kebenaran untuk perhimpunan aman yang besar seperti ini. Cuma suka kami ingatkan agar pihak Polis menghormati kebebasan bersuara di negara ini, kerana dengan terlaksananya 8 tuntutan BERSIH 2.0 manfaatnya akan melahirkan sebuah kerajaan beramanah, yang turut memberi manfaat kepada rakyat dan tak terkecuali, pihak Polis juga.

Justeru, Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar pihak Polis akan menggunakan pertimbangan yang waras dalam 'mengawal' perhimunan itu kelak, Kerana BERSIH 2.0 adalah perhimpunan aman yang ikhlas, tanpa keganasan, tanpa senjata dan hanya berbekalkan keberanian dan semangat untuk melihat sebuah negara yang lebih aman.

Oleh itu, demi untuk memberi sokongan penuh kepada inisiatif murni ini, Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP) akan menghantar seribu 1000 orang ahli AMKPP dari seluruh Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada 9 julai ini. Semoga penyertaan 1000 orang anak muda dari negeri ini yang datang sendiri ke Kuala Lumur tanpa 'dibayar' atau 'ditaja' oleh mana-mana pihak, bakal menyemarakkan lagi perhimpunan demi demokrasi tulen tersebut.


Salam Reformasi

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Naib Ketua 1
Angkatan Muda KeADILaN Pulau Pinang (AMKPP)

Tiada ulasan: