KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri program lawatan ke Pulau Pinang, pada Jumaat, 22 April.
Anwar dijadual menyampaikan syarahan sempena Wacana ilmu ‘Maqasid Syariah’ di Dewan Sri Pinang, Georgetown. Majlis itu akan berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari.
Turut bersama Anwar pada wacana ilmu itu adalah pengerusi Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Datuk Siddique Fadzil, dan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Pada sebelah petangnya pula, Anwar dijangka hadir ke majlis makan malam KEADILAN Cabang Bukit Gelugor di Tapak Pesta Sungai Nibong pada jam 8 malam.
Antara tetamu lain yang turut hadir adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, dan Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow.
Selesai majlis makan malam, Anwar akan menyampaikan pidato pada majlis ceramah perdana ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.
Turut berceramah pada majlis yang sama adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, Abdul Malik Kassim.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan