Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Srikandi beri salut terhadap kebangkitan mahasiswa

KUALA LUMPUR: Srikandi KEADILAN memberi salut kepada golongan mahasiswa yang memperlihat keinginan untuk berubah dan semangat untuk menentang ketidakadilan di kampus.

Namun, Ketuanya, Siti Aishah Shaik Ismail kesal dengan sikap pentadbiran universiti yang tidak adil dengan mengenakan polisi tertentu bagi mengekang kebangkitan dan kemaraan mahasiswa.


“Pilihan raya kampus harus memperlihat kematangan pihak yang menguruskannya, bukan dijadikan ruang salah guna kuasa untuk memenangkan calon yang didukung  HEP dan parti pemerintah.


“Contohnya,di Universitti Putra Malaysia (UPM), HEP membatal kemenangan calon-calon kerana berkempen secara berkumpulan dan secara online.
“Polisi dan garis panduan sebegini sangat dangkal dan harus dinilai secara pintar. Mahasiswa hari ini bukanlah golongan yang bodoh mahupun rela diperbodoh,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.


Jika amalan double-standard itu tidak berubah, Siti Aishah berkata, selagi itu mahasiswa akan diperkotak-katik pihak penguasa yang hanya melihat mereka sebagai ‘budak-budak’.


Namun, beliau bangga melihat mahasiswa begitu bersemangat untuk memikul tanggungjawab dan mengambil bahagian dalam politik kampus dan gembira dengan kemenangan calon Pro-Mahasiswa (Pro-M).


“Kemenangan mahasiswa  wajar diberi ucapan tahniah di peringkat tertinggi terutama Pro- M Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menanti tujuh tahun,” katanya.

Tiada ulasan: