Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Mohd  Ghazali mempertikaikan, mengapa Amizudin menerusi blognya,  sharpshooterblogger.blogspot.com yang perlu disaman, dan bukannya Datuk  Ahirudin Attan atau Rocky Bru kerana beliau yang mula mendedahkan isu  berkenaan melalui tulisannya di blog.
Amir berkata, tindakan Rais Yatim kali  ini jauh berbeza dengan tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman  Ahiruddin selepas beliau menyiarkan satu artikel berkaitan pemberian  tender bernilai RM 1 billion kepada anaknya yang kemudiannya dinafikan  dan dilabel sebagai fitnah.
Katanya, mengapa tidak tindakan sama  sekali lagi diambil ke atas Ahirudin selepas tersiarnya artikel di Rocky  Bru, sebaliknya Sharpshooter yang mencedok artikel itu dari  Harakahdaily dikenakan tindakan.
"Kita nampak pimpinan pusat memberi  tekanan kepada blogger kita. oleh itu angkatan pulau pinang merasa  terpanggil untuk bersama blogger yang mendapat tekanan ini" 
"Pada 2 Februari lalu mahkamah tinggi  telah membenarkan injuksi kepada datuk rais yatim bagi menghalang  blogger Amirudin Ahmad daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri  tersebut telah merogol  seorang pembantu rumah Indonesia," katanya.
Amir berkata,  menerusi sepotong ayat di  dalam artikel yang dimaksudkan , 'hei pak menteri..mana mau lari...',  ianya bukan hasil tulisan sharpsooter, tetapi diambil dari Harakahdaily.
"Permohonan itu menghalang amirudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap rais yatim menerusi blognya sharpshooterblogger.blogspot.com. mengapa Amirudin dan bukannyya Athiruddin? jika kita membanca artikel yang disiarkan sharpshooter, kita akan dapati artikel yang dimaksudkan iaitu, "hey pak menteri, mana mau lari" ianya bukan hasil sharpshooter sendiri tapi disiarkan dalam Harakahdaily," katanya.
"Permohonan itu menghalang amirudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap rais yatim menerusi blognya sharpshooterblogger.blogspot.com. mengapa Amirudin dan bukannyya Athiruddin? jika kita membanca artikel yang disiarkan sharpshooter, kita akan dapati artikel yang dimaksudkan iaitu, "hey pak menteri, mana mau lari" ianya bukan hasil sharpshooter sendiri tapi disiarkan dalam Harakahdaily," katanya.
Terdahulu, pada 2 Februari lalu,  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr  Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus  menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu  rumahnya dari Indonesia.
Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan  permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan  perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan,  Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya,  sharpshooterblogger.blogspot.com.
Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk  sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum  kes itu didengar pada 22 Februari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan