Pengikut

Selasa, 25 Januari 2011

Tindakan Terhadap Mustafa Kamil Ditangguh

SHAH ALAM 25 JAN: Tindakan susulan terhadap Mustafa Kamil Ayub ditangguhkan sementara sehingga mesyuarat Biro Politik PKR esok.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu telah meminta perkara berkenaan ditangguhkan sehingga kepemimpinan tertinggi dan biro politik mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

Anwar juga berkata, tindakan itu tidak melibatkan tindakan yang dilakukan Mustaffa Kamil mahupun kenyataan yang dikeluarkannya.

Sebaliknya, Anwar berkata ia adalah berhubung tindakan di peringkat cabang Pasir Salak yang dianggotai Mustaffa Kamil.

"Arahan kita secara umum ialah mana-mana pimpinan yang terlibat dalam pergaduhan fizikal, itu satu, tindakan harus keras. Keduanya yang terus menerus menyerang parti, itu yang kedua. Dalam kes Mustafa Kamil Ayub, kita minta ditangguhkan kerana Biro Politik dan pimpinan belum dimaklumkan secara terperinci.

"Esok dalam mesyuarat biro piitik kita akan mendengar kerana tudukan itu tidak melibatkan beliau secara peribadi, tapi melibatkan tindakan cabang, jadi kita harus tanya apakah alasan jawatankausa Disiplin dan apakah langkah-langkah yang dapat kita betulkan dalam keadaan begitu," kata beliau.

Presiden PKR semalam sempat berbicara dengan Mustafa berkenaan keadaan ini dan meminta supaya keadaan ini ditangguh sehingga kita mendapat maklumat daripada jawatankuasa disiplin yang membuat keputusan itu.

"Ia tindakan yang cabang buat, tidak merujuk khusus peribadi kepada kedudukan atau kenyataan saudara Mustafa Kamil Ayub. Itu yang dijelaskan kepada saya, dan yang lebih penting ialah kerana secara umum dah maklumkan tetapi secara khusus tidak diberitahu, jadi kita nak tanya Jawatankuasa Disiplin dalam mesyuarat besok," jelas Anwar.

Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima satu surat tunjuk sebab daripada parti itu, dipercayai berkaitan tindakannya mempertikaikan proses pemilihan parti.

Mustaffa berkata beliau bagaimanapun masih belum memutuskan sama ada akan menjawab surat yang ditandatangani setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution.

Beliau memberi alasan, tempoh selama sepuluh hari yang ditetapkan dalam surat tarikh bertarikh 13 Januari itu telahpun berakhir.

Sedangkan, beliau hanya menerima surat berdaftar itu di rumahnya di Kota Damansara semalam, katanya lagi.

"Saya sedang pertimbang apa langkah yang saya patut buat sebab tempoh dah tamat. Saya belum buat keputusan sama ada untuk jawab atau tidak," katanya lagi.

Tiada ulasan: