Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

Syabas Skuad Muda Harimau Malaya



PETALING JAYA 30 DIS : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad Malaysia yang  menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi.

"Syabas buat skuad bola sepak Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung-julung kalinya selepas 17 tahun edisi kejohanan berlangsung" ucap Anwar.

"Di sebalik acara padat, saya sebolehnya cuba ikuti juga perkembangan perlawanan lewat Twitter yang nyata meriah sekali. Tahniah atas sokongan padu rakyat Malaysia yang tak putus-putus memberi semangat," katanya.

Menurut Anwar ternyata K. Rajagobal telah meletakkan prestasi pasukan Harimau Malaya ke satu tahap yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Semoga ianya membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011. Sekali lagi, syabas buat skuad muda Harimau Malaya!," katanya.

Biarpun tewas 2-1, persembahan bertenaga Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan 3-0 yang dibawa dari Stadium Bukit Jalil dua hari lalu dengan agregat 4-2 malam tadi.

Tiada ulasan: