Pengikut

Rabu, 2 Mei 2012

Sudah dibelasah duit pun dicuri polis?

KUALA LUMPUR : Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin bukan sahaja dipukul polis malah RM200 miliknya turut dicuri anggota tersebut semasa perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyaksikan pasukan polis merosakkan gerai penjaja kecil di kawasan Masjid India.

Menurutnya, 10 anggota polis mengepung dan memukul beliau beberapa kali dan menyeret beliau ke Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum dibawa ke Dataran Merdeka untuk dipukul beramai-ramai oleh polis berpakaian uniform tetapi tidak mempunyai pengenalan diri.
“Saya masih ingat, walaupun saya muntah, telinga dan hidung berdarah, ketika itu ada yang menjerit (polis) supaya mengambil telefon bimbit saya. Saya genggam poket sebelah kiri kerana ada telefon bimbit.

“Ada seorang menyeluk poket sebelah kanan dan saya rasa dia menarik sesuatu. Dalam trak (polis) baru saya sedar, lebih (RM) 200 dalam poket saya hilang.

“Patutlah pada masa itu, orang yang seluk poket itu terus lari. Saya pasti semua yang ada di kawasan itu adalah polis dan semuanya beruniform,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta.

“Mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran. Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan,” kata Chegu Bard.

Kejadian itu menyebabkan beliau cedera parah di kepala, bengkak seluruh badan dan mata lebam akibat dipukul polis menggunakan objek tumpul.

Beliau dan kira-kira 15 mangsa demonstran dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), sebelum dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi 29 April lalu.

Katanya, laporan polis itu bagi membuktikan kepada kerajaan Umno BN terutama Menteri Dalam Negeri bahawa polis bertindak di luar batasan. -KeadialanDaily

Tiada ulasan: