KUALA LUMPUR: Media kawalan Umno yang begitu bernafsu menyiar fitnah terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, budaya fitnah yang diamal Umno BN jauh daripada pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan Najib selama ini.
“KEADILAN mendesak Najib bertanggungjawab dan tidak lagi bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’.
“Hakikat bahawa media kawalan Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Mohamed Azmin Ali sekadar mengesahkan peranan Najib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azmin menjadi mangsa terbaru fitnah bloger Umno kononnya beliau melakukan adegan seks dalam tandas hingga menjadi berita muka depan akhbar propaganda Umno.
Bagaimanapun, Azmin mengecam sekeras-kerasnya fitnah itu yang mengaibkan beliau dan keluarganya.
Sambil mengutuk keras fitnah itu, Saifuddin menggesa rakyat mengambil iktibar peristiwa menimpa isteri kesayangan Nabi Muhamad s.a.w, Aisyah r.a yang difitnah berbuat jahat dengan seorang sahabat Baginda.
Beliau berkata, peristiwa itu mendedahkan peranan golongan munafik yang mencipta dan menjaja fitnah tersebut.
“Golongan ini wajib ditolak dan ditentang habis-habisan. Peristiwa ini juga memberi pengajaran bahawa membanteras perbuatan fitnah menjadi tugas dan kewajipan sesama muslim demi melindungi dan memelihara maruah saudara seagama,” katanya.
Saifuddin berkata, fitnah yang dicipta itu menunjukkan Umno terdesak ekoran kebangkitan rakyat pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
“Harapan Umno agar rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanipulasikan pilihan raya,” katanya. -KD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan