Beliau mengulas tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mendedahkan tiga koleksi surat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga mantan Perdana Menteri Israel, seperti didedahkan media hari ini.
“Jingga 13 yakin rakyat Malaysia bukan mahu melihat surat-surat Mahathir yang bersifat hipokrit, tetapi rakyat mahu pentadbiran Najib menghentikan serta-merta segala hubungan dengan Israel terutama hubungan dagang,” kata fariz dalam kenyataan semalam.
Beliau menyifatkan langkah terbaru pentadbiran Najib itu sebagai terdesak dalam usaha meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Namun pada masa yang sama, katanya, kerajaan meneruskan hubungan dagang dengan Israel, sekaligus membuktikan pengiktirafan kepada Rejim itu.
“Adalah tidak munasabah hubungan dagang dibuat tanpa sebarang hubungan ‘diplomatik dan interaksi’. Surat tersebut adalah bukti kemunafiqan dalam perbuatan dan tindakan.
“Segala bukti dokumen dan rakaman video mengenai hubungan dagang dengan Israel, membuka tembelang dan sikap sebenar Umno BN terhadap Israel,” kata Fariz.
Sehubungan itu katanya, Jingga 13 akan meneruskan penyerahan memorandum beserta bukti hubungan dagang antara Malaysia-Israel di kedutaan Palestin, esok (hari ini). -KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan