Pengikut

Isnin, 5 Mac 2012

Anwar melawat kedai yang musnah dalam kebakaran di Permatang Pauh

Dato'seri Anwar Ibrahim sempat melawat sebuah kedai hardware yang musnah terbakar pagi kemarin di Permatang Pauh.

Dato'Seri Anwar diiringi timbalan ketua AMK Permatang Pauh Saudara Afzal Khan dan ketua Parti Keadilan Rakyat Ranting Permatang Tengah, Saudara Rodhi (Abg Misai) ketika melawat tempat kejadian.

Hujan mulai turun, namum ia tidak mematahkan semangat Dato'Seri Anwar untuk ketempat kejadian dan bertemu dengan penduduk disekitar kawasan itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu, menyebabkan sebuah premis yang berusia lebih 20 tahun itu musnah dan pemiliknya kerugian hampir RM1 juta.

Adun DAP Sungai Puyu, Phee Boon Poh yang juga salah seorang angota bomba sukarela memberi taklimat kepada Dato'Seri Anwar dan pemberita yang hadir.

Menurut Phee Boon Poh, api bermula dari belakang premis dipercayai litar pintas menjadi punca kebakaran. Dato'Seri Anwar mengucapkan syabas kepada seluruh angota bomba yang terlibat kerana berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke empat buah rumah penduduk kampung itu yang terletak hanya tiga meter dari tempat kejadian.

Dato'Seri Anwar meneruskan lawatan ke kawasan seterusnya

Hujan agak lebat namum Dato'seri Anwar tetap ceria untuk bersama-sama dengan rakyat. Turut serta dalam lawatan ini Saudara Abdul Jalil Che Ros iaitu Penyelaras Kadun Seberang Jaya (kanan berbaju kuning air).

Tiada ulasan: