Pengikut

Selasa, 14 Februari 2012

Felda jual minyak sawit ke Israel?

KUALA LUMPUR 14 Feb: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan kemungkinan Sime Darby dan Felda turut menjual minyak sawit ke Israel.

Terbaru adalah dokumen yang diperolehi dari laman “Index Mundi” dan IMF, menerusi carian di internet yang menunjukkan penjualan minyak sawit dari Malaysia dalam matawang Israel.

“Tertera dengan jelas adalah nama Sime Darby dari Malaysia. Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel,” ujarnya.

“Rakyat Malaysia perlu membuka mata dengan fakta kerana di depan rakyat, kerajaan menuduh individu tertentu sebagai agen Amerika Syarikat dan sebagainya, tetapi Malaysia terus menjadi ‘pembantu ekonomi’ Israel,” kata beliau.

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan dua syarikat tempatan, Mewaholeo Industries Sdn Bhd dan IOI Croklan Sdn Bhd yang terlibat dalam penjualan minyak sawit terus dari Johor ke Israel

“Kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononnya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia, bertujuan menipu dan mengelirukan,” kata Chegu Bard.

Katanya, kenyataan itu juga menunjukkan kelemahan negara yang sanggup menarik pelaburan asing dengan menggadaikan prinsip untuk membebaskan palestin.

“Malang lebih dari itu kerajaan menyembunyikan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus melibatkan syarikat tempatan,” katanya. -KD

Tiada ulasan: