Pengikut

Khamis, 26 Januari 2012

Jingga 13 gesa SPRM siasat belanja mewah Rosmah

SHAH ALAM 26 Jan : NGO Jingga 13 hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perbelanjaan mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansor di Australia.

Ia berikutan pendedahan akhbar The Sydney Morning Herald baru-baru ini yang mendakwa isteri perdana menteri itu berbelanja sebanyak RM325 ribu sewaktu percutian ke Sydney.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa menggesa SPRM menjalankan siasatan dan mencabar Rosmah agar mengisytiharkan hartanya.

“Rosmah harus isytihar hartanya. Bagaimana kekayaan yang diperolehi secara jelas hidup berfoya-foya. Bagi kami tak pernah berlaku dalam sejarah isteri perdana menteri yang lain,” katanya kepada wartawan.

Katanya, Rosmah bukan sahaja berbelanja mewah tetapi turut dilaporkan menginap bersama suaminya, Datuk Seri Najib Razak di Hotel Darling, Sydney dengan membayar RM65,100 hanya untuk tempoh semalaman.

“Ini tindakan yang luar biasa, memalukan negara apabila dilaporkan isteri PM hidup bermewah-mewah, berbelanja sakan tanpa ada sebarang penjelasan berkaitan dengan duit yang diperolehi,” tegas beliau.

Jingga 13 turut mencabar ‘First Lady of Shopping‘ itu menyaman akhbar berkenaan sekiranya dakwaan itu tidak benar dan fitnah.

“Kita cabar Rosmah untuk saman akhbar ini termasuk kolumnis. Walaupun Rosmah Mansur telah menafikan dakwaan itu karut. Soalnya kenapa tidak ada sebarang tindakan undang-undang oleh Rosmah terhadap mereka?” Soalnya.

Menurutnya lagi, Rosmah juga tidak menjawab sebarang isu perbelanjaan barangan berjenama mewah seperti cincin RM24 juta yang pernah didedahkan pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin sebelum ini.

“Kita pertikaikan perbelanjaan jutaan ringgit termasuk cincin, beg tangan. Kalau betul ia ‘disponsor’, dan guna duit dia atau dia menabung dari kecil, minta dia jelaskan dengan terpeinci,” katanya. -KD

1 ulasan:

Mat Indera Sipejuang berkata...

Assalamualaikum...
Mohon link kan blog http://inderasipejuang.blogspot.com// demi menyemarakan perang alam maya bagi mencari kebenaran... untuk pengetahuan Saudara blog AMK ini telah di link kan sejak blog Mat Indera Sipejuang aktif... Terima kasih dan Salam Perjuangan.