Ketuanya, Norhayati Jaafar berkata, lantaran itu, Shahrizat cuba mengalih perhatian dengan menyerang pimpinan Pakatan Rakyat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno minggu lalu.
“Beliau bukan saja cuba mengheret Wanita Umno melindungi hipokrasi yang ada, malah berusaha untuk menukar isu ini menjadi persoalan peribadi dengan membuat pelbagai serangan peribadi terhadap kepimpinan Keadilan seperti YB Saifuddin Nasution, YB Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli.
“Usaha terdesak seperti cuba memalitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr.Wan Azizah juga merupakan satu lagi taktik melepaskan diri dari kemelut yang sedang dihadapi oleh beliau membabitkan NFC, ” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti, petang semalam.
Menurut Norhayati, Wanita KEADILAN juga kesal dengan ucapan begitu emosional oleh Shahrizat yang tidak sedikit pun menggambarkan keperibadian pemimpin wanita Islam.
Jelasnya lagi, pendedahan yang dibuat Ketua Audit Negara melalui laporannya bukan dongengan atau palsu, tetapi merupakan fakta.
“Penyalahgunaan dana rakyat ini adalah suatu penyelewengan, penipuan dan kezaliman terhadap rakyat yang mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang
memerintah.
“Menyedari hakikat ini, sekiranya Shahrizat berasa bertanggungjawab dalam isu yang telah mencalarkan nama beliau sebagai menteri kabinet yang dipertanggungjawabkan, seharusnya beliau segera melepaskan jawatan, agar tidak menjadi liabiliti kepada rakyat dalam negara ini,” tambahnya lagi. -KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan