Pengikut

Khamis, 4 Ogos 2011

Elak jadi saksi: Najib Rosmah ikut jejak Dr M

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengikut jejak langkah  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila dijangka mengelak untuk menjadi saksi perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ini kerana Dr Mahathir juga enggan menjadi saksi semasa bicara kes fitnah Anwar pada 1998/99, meskipun didesak peguam bela ketika itu.

“Ini merupakan pendekatan yang dilakukan oleh Dr Mahathir bagi mengelak dari memberi keterangan di mahkamah suatu ketika dulu,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.

Tambahnya, ini juga mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa kes ini merupakan satu konspirasi politik tertinggi yang dilakukan kerajaan Umno-BN untuk menghancurkan politik Anwar.

“Najib dan Rosmah tidak perlu berselindung di sebalik mahkamah jika betul mereka benar. Mengapa tunggu arahan disapina untuk beri keterangan sebagai saksi,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan Najib sebagai dayus kerana tidak berani untuk tampil di mahkamah.

“Berlagaklah seperti anak jantan dan jangan asyik berselindung di bawah kain isteri. Masuk gelanggang yang betul kalau anda hebat.”

“Jika dia yakin Anwar bersalah, turun dan buktikan kenapa perlu takut?,” katanya yang juga Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Najib sepatutnya memberi keterangan di mahkamah kerana beliau ada berjumpa dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, dua hari sebelum pengadu itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Anwar.

Saiful juga bertemu dengan pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar yang juga bekas Atlet negara.
Perkara itu turut dinyatakan Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira ketika perbicaraan di mahkamah pada Mac lalu.

Pada perbicaraan kes fitnah 1, Dr Mahathir enggan dipanggil memberikan keterangan di mahkamah meskipun beliau menuduh Anwar terbabit dalam kegiatan tidak bermoral dan memecat bakal penggantinya itu dalam semua jawatan kerajaan dan Umno.

Tiada ulasan: