Pengikut

Selasa, 14 Disember 2010

Anwar-Mahathir Dilatari Dendam Kesumat


SHAH ALAM 14 DIS : Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong pendapat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew terhadap dakwaannya liwat terhadap timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan laman web Wikileaks dilatari oleh dendam kesumat pemimpin tersebut.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Dr Mahathir sanggup melacurkan prinsipnya dalam hal yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Singapura itu.


Media pro Umno-Barisan Nasional hari ini melaporkan Dr Mahathir yakin Menteri Mentor Singapura itu tahu mengenai tuduhan berkaitan kes liwat  yang membabitkan penglibatan Ketua Pembangkang itu.


"Kenyataan-kenyataan Kuan Yew sebelum ini tidak pernah disokong oleh Dr Mahathir tetapi kali ini, oleh kerana dendam kesumatnya terhadap Anwar. Beliau mengabaikan prinsip dan maruahnya dengan membuat sokongan yang kita tahu tidak ada asas sama sekali.


"Kalau kita kata asas sokongan terhadap kenyataan Kuan Yew dibuat atas fakta dan undang-undang maka bolehlah kenyataan tersebut  didokong atau pun disokong.


"Kalau kita lihat dari segi perbicaraan mahkamah misalnya, kenyataan yang mengatakan  Anwar melakukan tindakan atau kes liwat adalah satu perkara yang kita lihat di mahkamah terlalu banyak campur tangan dan tindakan serta keputusan mahkamah dan bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.


"Kita lihat daripada awal lagi dan memegang pada prinsip itu, kes liwat itu lebih bersifat politik. Dr Mahathir tentunya menantikan peluang-peluang untuk menzahirkan kemarahannya yang belum terpadam.


"Saya yakin, ini tentunya ada kaitan dengan kes yang terdahulu di mana secara beliau secara konsisten mengatakan Anwar 'kaki liwat' dan merupakan pemimpin yang mempunyai akhlak dan moral yang paling rendah yang akhirnya pada tahun 2004, mahkamah mengatakan sebaliknya.


Jelas Shamsul, perkara itu sudah tentulah menyakitkan hati Dr Mahathir dan sebagai pemimpin muda PKR yang memerhatikan perkembangan politik sejak tahun 1999 beliau menyifatkan tindakan itu hanyalah untuk memuaskan nafsu serakah demi kepentingan politiknya sendiri.




-TV Selangor

Tiada ulasan: