Pengikut

Jumaat, 23 Disember 2011

Takziah buat keluarga Allahyarham Roselai

Ketua, Timbalan serta seluruh AJK Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh (AMK) mengucap takziah buat keluarga Allahyarham Roselai Muhammad (gambar) yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi 23 Disember 2011 akibat demam panas.

Jasa dan sumbangan Allahyarham Roselai kepada parti amat dihargai.

Semoga seluruh keluarga Allahyarham Roselai diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Kami Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.


Tiada ulasan: