Pengikut

Khamis, 29 September 2011

Pemimpin Umno bulan puasa pun rompak duit rakyat

PORT DICKSON – “Puasa…puasa juga. Raya…raya juga. Tetapi pemimpin Umno tetap rompak duit rakyat, balak disapu, terlibat dengan rasuah dan berlaku ketirisan”, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian ketika Majlis Jamuan Aidilfitri Demi Rakyat Keadilan Negeri Sembilan di Markas Pakatan Rakyat di Kampung Telok Pelanduk, Batu 12, Port Dickson malam tadi.

Beliau berkata, sikap itu bertentangan dengan prinsip Agama Islam yang mengajar umatnya mengawal hawa nafsu dan membentuk akhlak yang mulia.

Anwar merujuk Isu Felda, apabila peneroka mengemukakan tuntutan dan saman, kerajaan dan Felda berhempas pulas melawan mereka di Mahkamah.

“Tetapi bila membeli kapal selam (Scorpene) kerajaan tidak fikir panjang dan dengan begitu mudah menyerahkan komisen RM500 juta kepada sebuah syarikat swasta.

“Untuk rakyat miskin mereka sanggup ke mahkamah tetapi untuk kroni begitu mudah mereka memberi wang.

“Kerajaan dan Felda lupa peneroka Felda ini lah yang mengkayakan Felda itu sendiri. Don’t suck blood from poor“, kata Anwar dan disambut dengan tepukan gemuruh lebih seribu penyokong PR.

Anwar dalam pada itu membidas media kawalan Umno yang berterusan menyerang beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu.

“Ada iklan dengan slogan ‘budi pekerti budaya kita’ tapi siang malam maki orang. Malah media Islam digunakan untuk takutkan orang bukan Islam,” ulas beliau merujuk isu Hudud yang dimainkan media Umno.

Anwar turut memuji kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum yang hadir pada majlis berkenaan.

Terlebih dahulu hadirin dijamu dengan Majlis Makan Malam sempena Aidilfitri.

Dalam majlis yang sama Anwar juga melancarkan Bilik Gerakan Penerangan Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS) DUN Linggi.

KEADILAN Linggi juga menerima suntikan semangat baru apabila seramai 60 orang dari Kampung Segenting menyertai KEADILAN.

Selepas itu Ketua Cabang Jempol Karip Mohd Salleh pula menyerahkan 173 borang ahli Keadilan dari Felda Palong 4, 5 & 6 yang baru menyertai Keadilan Ahad lepas.

Antara kepimpinan PR yang hadir ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution; Pengerusi Majlis Kepimpinan Keadilan Negeri Sembilan, Dato’ Kamarul Baharin Abas.

Tiada ulasan: