Pengikut

Isnin, 8 Ogos 2011

Suruhanjaya Diraja wajib ditubuh siasat JPN, SPR

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) wajib ditubuhkan untuk menyiasat semua institusi yang berkaitan dengan sistem pilihan raya termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menegaskan sidang tergempar parlimen yang dicadangkan ahli parlimen Pakatan rakyat wajib mengusulkan penubuhan RCI dengan segera.

"Bukti telah dikemukakan. Kesilapan teknikal jangan dijadikan sebab dan jangan tuding jari pada pihak lain," kata Khairul merujuk alasan SPR bahawa kecuaian teknikal dalam sistem JPN menyebabkan individu bernama 'Mismah' bertukar dari status penduduk tetap ke warganegara.

Semalam semakan media mendapati, sistem pendaftaran dalam talian SPR menunjukkan kad MyPR milik Mismah mengesahkan individu tersebut merupakan pengundi berdaftar baru.

Permohonan kewarganegaraan Mismah diluluskan pada 31 Januari 2011 dengan nombor kad MyPRnya ialah 640704715238.
"Mekanisme apa yang paling munasabah untuk membersihkan sistem pilihan raya dan institusinya.? Hanya Suruhanjaya Diraja (RCI) dan DYMM Yang Dipertuan Agong perlu dimaklumkan dengan perkara ini.

"Kes Mismah ini baru satu contoh dari pelbagai kemungkinan lain. Sebab itu tuntutan Bersih 2.0 untuk reformasi pilihan raya adalah benar," tegas beliau.

Persoalannya, mengapa ketika ini JPN baru hendak meluluskan kewarganegaraan seseorang? soal Khairul.

"Reformasi sistem pilihan raya mesti dibuat tanpa dolak dalik. Sebab itu tuntutan Bersih adalah benar. Apa legitimasinya pilihan raya di negara ini kalau pemimpin diantik dari sistem yang penuh pembohongan?

"Dalam masa yang sama, ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) diberikan peluang mendaftar dalam sistem biometrik melalui proses pemutihan," tegas Khairul.

Tiada ulasan: