Pengikut

Jumaat, 12 Ogos 2011

Fitnah II: Najib, Rosmah hadir ditemubual peguam

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hadir untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Selain Najib dan Rosmah, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof  juga hadir untuk ditemubual.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri sesi temubual tersebut yang dijalankan Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.
Pada masa ini sekumpulan kira-kira 20 wartawan termasuk jurugambar sedang menunggu di luar perkarangan mahkamah.

Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi yang mahu ditemubual  peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan semua saksi yang ditawarkan pendakwa raya kepada peguam Anwar, perlu hadir untuk ditemubual.

Tiada ulasan: