Pengikut

Jumaat, 20 Mei 2011

AMK tunda demo depan Utusan


Angkatan Muda Keadilan menangguhkan protes bantahan terhadap Utusan Malaysia seperti yang dijadualkan hari ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ia bagi memberi laluan dan sokongan kepada perhimpunan anti Lynas dan penyerahan memorandum bantahan ke Kedutaan Australia yang diadakan pada jam 2 petang ini.

Perhimpunan dan perarakan yang bermula di KLCC itu bagi membantah pembinaan loji sisa nadir bumi oleh syarikat negara tersebut di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa penduduk.


“Kita bukan membatalkan, tetapi menunda perhimpunan ‘bantah fitnah Utusan Malaysia, sokong Suara Keadilan’ yang dianjurkan oleh AMK,” kata Timbalan KetuaPenerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasep.

Sebelum ini, AMK merancang untuk mengadakan perhimpunan depan pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Cheras bagi membantah laporan berbentuk fitnah dan berbaur perkauman oleh akhbar itu.

Bagaimanapun, menurut Rozan, AMK telah diminta oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO yang menganjurkan perhimpunan anti Lynas supaya memobilisasi anak muda untuk turut sama menyertai perhimpunan hari ini.

“Sejak Isnin lalu kami sudah mempertimbang rancangan tersebut (demonstrasi depan Utusan). Namun kami menganggap isu Lynas ini adalah keutamaan kepada rakyat,” katanya ketika mengadakan sidang media di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng berhampiran kedutaan Australia.

Rozan turut mempersoalkan tindakan Perkasa yang didalangi Pemuda Umno, kerana turut merancang untuk mengadakan perhimpunan di depan Utusan bagi menyatakan sokongan terhadap akhbar itu, hari ini.
Pertembungan itu, kata Rozan merupakan usaha sabotaj yang bertujuan menimbulkan provokasi oleh kumpulan terbabit.

“Kami fikir kami terpaksa tunda selepas mempertimbangkan isu keselamatan dan ingin mengelak huru-hara,” katanya.

Tiada ulasan: