Pengikut

Ahad, 16 Januari 2011

Ketua AMK Negeri Diumum Jumaat Depan

PETALING JAYA 16 JAN : Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam mesyuarat majlis pimpinan AMK hari ini berkata jawatan bagi ketua-ketua AMK negeri hanya akan diumumkan Jumaat depan. 

Shamsul dalam sidang media pukul 2 petang tadi menjelaskan nama-nama yang dicadangkan itu menerusi lantikan yang dibuat hari ini akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan Rabu ini.

"Kita akan umumkan senarai pelantikan Ketua AMK untuk setiap negeri Jumaat ini selepas mesyuarat biro politik yan diadakan setiap Rabu," ujar beliau.

Tiada ulasan: